Punca-punca kanser payudara (Daripada Ooi Kheng Leong, 2003)
Semua
wanita berisiko mendapat
kanser payudara kerana tiada individu yang terjamin bebas daripada penyakit ini.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada tinggi atau rendahnya risiko
kanser ini dicirikan oleh ahli epidemiologi semasa membandingkan sekumpulan
wanita yang mempunyai ciri-ciri yang disebut atau sebaliknya.
Faktor peribadi iaitu dengan membandingkan
wanita yang mendapat anak pertama sebelum umur 20 tahun dan
wanita yang mendapat anak pertama selepas umur 30 tahun, didapati risiko
wanita yang mendapat anak pertama sebelum umur 20 tahun adalah lebih rendah untuk mendapat penyakit
kanser ini. Bagi menstruasi yang bermula semasa usia kurang daripada 12 tahun atau yang berterusan melebihi usia 50 tahun turut meningkatkan risiko
kanser payudara, sementara yang bermula selepas usia 14 tahun atau mengalami monopos yang awal iaitu sebelum usia 50 tahun mempunyai risiko yang lebih rendah.
Faktor pemakanan dan gaya hidup turut dikaji yang berupaya meningkatkan risiko memperolehi
kanser payudara pada seseorang
wanita. Kajian terkini telah menunjukkan risiko
kanser payudara meningkat bagi seseorang yang mengambil 2 gelas atau lebih alkohol setiap hari. Purata 24 % daripada
wanita yang mengambil pil kontraseptif estrogen iaitu sejenis hormon untuk mengeringkan susu selepas kelahiran dan salah satu teknik untuk mencegah kehamilan, akan meningkatkan risiko memperoleh
kanser payudara.
Terapi penukargantian estrogen (ERT) yang dijalankan oleh
wanita selepas monopos akan menambahkan risiko
kanser payudara sebanyak 30 %. Penyelidik juga membuktikan pengambilan makanan berlemak yang tinggi mungkin meningkatkan risiko memperoleh
kanser payudara. Risiko ini dapat dikurangkan dengan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Faktor keseimbangan hormon endogen iaitu estrogen, progesteron, dan androgen juga mempengaruhi risiko penyakit
kanser.
Faktor pewarisan (keturunan) juga meningkatkan risiko memperoleh penyakit
kanser ini. Penyelidikan mendapati gen yang berperanan dalam kebanyakkan kes
kanser payudara pewarisan dikenali sebagai 'breast cancer 1' (BRCA1) dan dipetakan pada lengan panjang kromosom 17 manusia.
Ini adalah sebahagian daripada
faktor-faktor penyebab penyakit
kanser payudara yang sempat saya berkongsi dengan pembaca semua. Sebenarnya, masih banyak lagi punca-punca lain bagi penyakit ini. Namun begitu, diharapkan info ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu bagi pembaca sekalian. Dengan ini, saya ingin menyeru agar
wanita-wanita diluar sana supaya menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sesungguhnya, mencegah lebih daripada mengubati.
Jika ada info yang meragukan atau tidak benar, anda boleh emailkan komen anda di
hudayoe_solehah@yahoo.com.my
Sekian....