Ads

hujan bintang glitter

Ads3

glitter graphic

glitter graphic





Punca-punca kanser payudara (Daripada Ooi Kheng Leong, 2003)

Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara kerana tiada individu yang terjamin bebas daripada penyakit ini. Faktor-faktor yang menyumbang kepada tinggi atau rendahnya risiko kanser ini dicirikan oleh ahli epidemiologi semasa membandingkan sekumpulan wanita yang mempunyai ciri-ciri yang disebut atau sebaliknya.

Faktor peribadi iaitu dengan membandingkan wanita yang mendapat anak pertama sebelum umur 20 tahun dan wanita yang mendapat anak pertama selepas umur 30 tahun, didapati risiko wanita yang mendapat anak pertama sebelum umur 20 tahun adalah lebih rendah untuk mendapat penyakit kanser ini. Bagi menstruasi yang bermula semasa usia kurang daripada 12 tahun atau yang berterusan melebihi usia 50 tahun turut meningkatkan risiko kanser payudara, sementara yang bermula selepas usia 14 tahun atau mengalami monopos yang awal iaitu sebelum usia 50 tahun mempunyai risiko yang lebih rendah.

Faktor pemakanan dan gaya hidup turut dikaji yang berupaya meningkatkan risiko memperolehi kanser payudara pada seseorang wanita. Kajian terkini telah menunjukkan risiko kanser payudara meningkat bagi seseorang yang mengambil 2 gelas atau lebih alkohol setiap hari. Purata 24 % daripada wanita yang mengambil pil kontraseptif estrogen iaitu sejenis hormon untuk mengeringkan susu selepas kelahiran dan salah satu teknik untuk mencegah kehamilan, akan meningkatkan risiko memperoleh kanser payudara.

Terapi penukargantian estrogen (ERT) yang dijalankan oleh wanita selepas monopos akan menambahkan risiko kanser payudara sebanyak 30 %. Penyelidik juga membuktikan pengambilan makanan berlemak yang tinggi mungkin meningkatkan risiko memperoleh kanser payudara. Risiko ini dapat dikurangkan dengan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.


Faktor keseimbangan hormon endogen iaitu estrogen, progesteron, dan androgen juga mempengaruhi risiko penyakit kanser. Faktor pewarisan (keturunan) juga meningkatkan risiko memperoleh penyakit kanser ini. Penyelidikan mendapati gen yang berperanan dalam kebanyakkan kes kanser payudara pewarisan dikenali sebagai 'breast cancer 1' (BRCA1) dan dipetakan pada lengan panjang kromosom 17 manusia.

Ini adalah sebahagian daripada faktor-faktor penyebab penyakit kanser payudara yang sempat saya berkongsi dengan pembaca semua. Sebenarnya, masih banyak lagi punca-punca lain bagi penyakit ini. Namun begitu, diharapkan info ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu bagi pembaca sekalian. Dengan ini, saya ingin menyeru agar wanita-wanita diluar sana supaya menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sesungguhnya, mencegah lebih daripada mengubati.

Jika ada info yang meragukan atau tidak benar, anda boleh emailkan komen anda di hudayoe_solehah@yahoo.com.my
Sekian....

1 comments:

diriku said...

tanx 4 sharing =] family history yg ada cancer usus, ovari n uterus pn salah 1 faktor risiko..

Post a Comment

glitter-graphic